Wednesday, September 26, 2018

KEMAHIRAN BELAJAR OLEH KONG XIAO JUN



Menurut Saniah Sayuti et. Al. (2000) pernah menyatakan bahawa kemahiran membaca biasanya terbahagi kepada bahagian utama iaitu pembacaan cepat dan pembacaan perlahan.  Pembacaan cepat terbahagi kepada dua, iaitu skimming (luncuran) dan scanning (imbasan). Selain itu, pembacaan perlahan juga dikategorikan kepada dua jenis, iaitu KWLH (bacaan intensif) dan SQ3R (Survey, Question, Read, Recite, Review).



PEMBACAAN CEPAT SPEED READING


  • Kaedah membaca tanpa memerhatikan setiap perkataan dengan teliti.
  • Membaca suatu artikel secara sistematik, dari mula hingga tuntas tanpa berhenti.
  • Purata kelajuan orang yang berpendidikan sekolah tinggi adalah sekitar 300 kara per minit.

TUJUAN
  • Digunakan untuk mencari maklumat daripada sesuatu sumber dengan efektif dan pantas.
  • Mendapat idea pusat daripada sesuatu artikel.
  • Mengenalpasti isi-isi tertentu dengan cepat dan secara keseluruhan.

MANFAAT
  • Mempertingkatkan kepantasan untuk membaca buku.
  • Menjimatkan masa dan tenaga.
  • Dalam waktu yang singkat dapat menelusuri bahan bacaan.
  • Membuat pilihan bahan bacaan yang perlu dibaca seterusnya.
  • Sesuai untuk digunakan semasa ulangkaji.



SKIMMING ( LUNCURAN )

Skimming merupakan satu kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu maklumat atau bahan. Kemahiran membaca ini juga bermatlamat untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai suatu dokumen atau bahan. Dalam proses bacaan ini pula akan membolehkan anda supaya dapat menghasilkan pendapat umum berdasarkan dokumen tersebut dengan segera. Skimming juga dianggap sebagai satu kaedah membaca tanpa memerhatikan setiap perkataan dengan teliti tetapi untuk tujuan mendapatkan gambaran keseluruhan, memahami idea utama atau tema bahan bacaan berkenaan. Sebagai tamsil, kita tidak dapat membaca satu perkataan demi satu perkataan apabila kita membaca surat khabar. Oleh itu, kita boleh menggunakan teknik skimming ini terhadap petikan dalam surat khabar supaya mendapat maklumat yang ringkas tetapi masih jelas tentang isi petikan. Kemahiran membaca ini membolehkan kita melakukan imbasan terhadap petikan yang dibaca dan mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh dengan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat. Hal ini demikian kerana dalam membaca sesuatu petikan, kita hanya perlu memberi perhatian kepada idea penting sesuatu perenggan untuk mendapatkan fahaman umum. Oleh itu, dalam waktu yang singkat, kita dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk membuat pilihan dan menelusuri banyak bahan bacaan. 

Secara langsung, skimming mampu mempertingkatkan kepantasan kita untuk membaca buku. Skimming juga merupakan teknik bacaan pantas sementara. Hal ini dikatakan demikian kerana kita mampu membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat dan memberikan tumpuan dengan sepenuhnya pada bahan yang dibaca dalam masa yang terhad. Lazimnya, cara ini adalah untuk tertumpu kepada usaha untuk mencari isi kandungan, tajuk utama, tajuk kecil, huruf-huruf hitam dan rumusan. Pelajar juga boleh membaca perenggan pendahuluan dan penutup sesuatu teks atau hanya membaca ayat pertama setiap perenggan. Biasanya ayat pertama memberi idea utama yang ingin disampaikan oleh penulis dan untuk mencari maklumat tertentu, cara bacaan ini adalah lebih sesuai untuk pelajar dan bukannya untuk pemahaman teks. 


Skimming juga amat penting bagi pelajar untuk mencari maklumat atau informasi melalui internet. Kaedah dan teknik ini juga penting kepada pelajar terutamanya untuk mengulang kaji bahan bacaan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Skimming juga boleh digunakan untuk melihat graf, jadual atau carta. Pelajar dapat mengetahui maklumat-maklumat yang speksifik seperti data atau fakta ringkas melalui melihat gambar rajah atau carta. Teknik skimming selalu dilakukan tiga atau empat kali lebih cepat daripada pembacaan normal. Perkara ini disebabkan oleh terdapat ramai orang melakukan pembacaan secara skimming kerana mereka hanya mempunyai masa yang terhad untuk membaca banyak bahan.  




NOTA RINGKAS



TEKNIK SKIMMING (LUNCURAN) 

  • Teknik Skimming atau Luncuran adalah satu kemahiran membaca bagi seseorang yang ingin mendapatkan maklumat atau bahan secara ringkas dan pantas.

TUJUAN MENGGUNAKAN TEKNIK SKIMMING (LUNCURAN)
  • Mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen.
  • Pandangan umum mengenai dokumen dengan segera.

CARA-CARA MEMBUAT SKIMMING (LUNCURAN)
  • Membaca tajuk pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen.
  • Membaca tajuk, sun-tajuk atau melihat gambar rajah dan carta.
  • Membaca dengan pergerakan mata yang cepat.
  • Fokus kepada bahagian tertentu dalam buku seperti pengenalan, tajuk utama dan rumusan.
  • Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bahan yang dibaca.
  • Mencari kata kunci.
  • Berfikir mengenai makna teks tersebut.

TEKNIK SKIMMING MERUPAKAN TEKNIK YANG PENTING UNTUK MENGULANG KAJI PELAJARAN

  • Bagi pelajar, kaedah ini dapat menjimatkan masa dalam pembacaan.
  • Hal ini kerana skimming dilakukan 3 atau 4 kali dan lebih cepat daripada pembacaan normal.
  • Contoh bahan bacaan : Surat khabar, nota yang peperiksaan, artikel di Internet dan sebagainya.
  • Kaedah ini juga berfaedah kepada individu yang kesuntukan masa untuk mencari maklumat.




PEMBACAAN CEPAT OLEH HO JIA YI

membaca cepat

SCANNING 

Never stop reading, means never stop learning.

Teknik scanning merupakan kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan mendalam daripada skimming. Antara tujuan bacaan scanning adalah untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada persoalan dan mengenalpasti isi keseluruhan sesuatu tajuk. Fokus pembacaan adalah membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam, membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan dan juga memberikan perhatian kepada rajah dan grafik yang sedia ada. Scanning menggunakan ‘kaedah sepintas lalu’ untuk membaca keseluruhan muka surat dengan cepat secara sepintas lalu. Cara ini biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat tertentu, isi-isi penting atau fakta tertentu dalam buku teks atau buku rujukan. 


Di samping itu, pembacaan scanning pula dianggap sebagai suatu langkah awal bacaan hal ini disebabkan oleh melalui cara ini, pelajar dapat mengetahui istilah-istilah yang baharu dan mereka dapat mencari pengertian perkataan tersebut dengan menggunakan kamus atau glosari. Dengan ini, mereka dapat menjimatkan masa apabila mereka membuat pembacaan sebenar atau bacaan berat untuk pemahaman. Bagi menguasai kemahiran membaca secara scanning hanya akan melibatkan masa yang tidak lebih daripada beberapa minit. Hal ini membantu pelajar untuk menjimatkan masa untuk mendapat jawapan. Pelajar juga mampu membuat keputusan dalam menentukan tahap kepentingan sesuatu istilah, konsep dan bahagian dalam teks yang memerlukan perhatian ketika pelajar membuat ulang kaji. Scanning juga melibatkan gerakan anak mata dengan cepat untuk mencari perkataan khusus atau frasa-frasa tertentu. Sebenarnya, imbasan ini merupakan satu kaedah cepat untuk mendapatkan fakta tertentu dalam buku teks atau buku rujukan.  
PANDUAN SEMASA MEMBUAT PEMBACAAN CEPAT   




















KESIMPULANNYA, apabila kita ingin mengetahui apa yang kita ingin pelajari, kita akan memulai dari scanning untuk mencari kata kunci yang kita ingin pelajari. Setelah menemukan, barulah kita dapa menggunakan kaedah skimming untuk mendapatkan pemahaman secara sederhana dan cepat. Oleh itu, dengan membiasakan diri untuk membaca cepat, maka akan sangat membantu untuk belajar secara efektif dan efisien.
























Thursday, September 20, 2018

PEMBACAAN PERLAHAN OLEH HIN FUI YEEN



 PEMBACAAN PERLAHAN

1.BACAAN INTENSIF/ KWLH

DEFINISI
-Bacaan intensif merupakan kemahiran membaca untuk memperolehi   maklumat yang terperinci.
-Memerlukan penumpuan yang teliti terdapat bahan/dokumen yang dibaca.
-Mengambil tempoh yang lebih panjang untuk mendapatkan makna yang   dibaca.
-Sesuai bagi mengaktifkan pengetahuan lalu
-Menjana pemikiran yang aktif

TUJUAN
-Mendapatkan segala maklumat secara mendalam
-Catatan perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat
KNOW
Apa yang diketahui
WANT
Apa yang hendak diketahui
LEARNED
Apa yang hendak dipelajari semasa membaca bahan bacaan
HOW
Tambahan maklumat berkenaan tajuk yang dibaca

KNOW:
Pelajar meninjau apa yang sudah diketahui

WANT:
Apa yang akan diketahui

LEARNED:
Apa yang sudah dipelajari

HOW:
Bagaimana perkara tambahan yang ingin diketahui dapat dipelajari



2.SQ3R
S-Survey
Q-Qusetion
R-Read
R-Recite
R-Review

PENGENALAN
-Meminta pembaca membuat analisis mendalam tentang bahan yang dibaca
-Teknik untuk pembelajaran bahasa

LANGKAH MEMPRAKTIKKAN TEKNIK MEMBACA SQ3R
1.Lihat tajuk utama sepintas lalu bagi melihat idea keseluruhan.
2.Tukarkan tajuk utama menjadi soalan.
3.Baca keseluruhan bahagian bagi mendapatkan jawapan.
4.Selepas membaca petikan, susun idea dan isi penting dengan bimbingan guru .
5.Menyebut tajuk utama bagi setiap bahagian, perenggan melalui ingatan bagi menjawab soalan.

TEKNIK BETUL BAGI MELAKUKAN BACAAN
1) MENINJAU
   -Cara mendapatkan pandangan sebelum membaca
ü Tajuk bab
ü Rangka kasar bab
ü Pengenalan
ü Tajuk utama dan subtajuk kecil
ü Ringkasan bab
ü Soalan ulang kaji

2) MENYOAL
ü Membentuk soalan daripada tajuk kecil dalam petikan
ü Soalan bagi meninjau gambaran keseluruhan kandungan teks

3) MEMBACA
ü Berikan perhatian ke atas soalan yang sudah dibina
ü Membaca teks dengan teliti

4) MENCATAT
ü Membuat catatan di tepi petikan bagi memberi panduan menyatakan semula isi

5) MENYATAKAN KEMBALI
ü Menyatakan dalam bentuk lisan berdasarkan catatan yang sudah dibuat

6) MEMBUAT BAYANGAN/GAMBARAN
ü Memikirkan cara menggunakan idea yang sudah dibaca
ü Apabila tidak jelas, baca semula
ü Bahagian mana yang tidak bermakna
ü Fikirkan juga hubungan antara bab
ü Berikut ini diberikan sedikit panduan kepada anda untuk mendapatkan kesan pembacaan yang maksimum:

i) MEMBACA SECARA BERHATI-HATI
  •  Beri tampuan terdapat apa yang dibaca 
  •  Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya
  •    Elakkan gangguan radio dan televisyen


ii) MEMBACA SECARA MENYELURUH
  •  Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir
  •  Jangan anggap bahagian pengenalan kurang penting
  •   Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab


iii) MEMBACA SECARA BERULANG-ULANG
  •     Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik
  •     Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam
  •   Hal ini dapat mengelakkan anda tertinggal membaca fakta penting


iv) MEMBACA DALAM SUASANA YANG SELASA
  •     Lampu hendaklah dipasang dengan terang
  •    Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap

*    Udara sekitar mestilah mencukupi
*    Suhu bilik yang sederhana (tidak terlalu panas atau terlalu sejuk)

v) BERASA DALAM KEADAAN SELESA
  •       Duduk dengan betul
  •       Pastikan anda tidak demam, pening, selesema, dan sebagainya
  •       Jangan berbaring ketika membaca (anda mungkin akan tertidur atau                  mengantuk)


vi) BACA SECARA BERPERINGKAT
  •  Peringkat permulaan: baca sekali imbas untuk mendapatkan isi     keseluruhan
  •   Peringkat seterusnya: membaca isi untuk mendapatkan maklumat
  •  Pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota digunakan

Sebagai tirai penutup perbincangan, kemahiran membaca merupakan salah satu  daripada elemen kemahiran belajar yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Melalui pembacaan, seseorang pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dalam sekolah atau diajar oleh para guru dalam kehidupan seharian. Membaca juga dapat memperluaskan pemikiran dan idea seseorang serta meningkatkan kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang. Seseorang yang menguasai kemahiran membaca amat penting bagi mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.