Menurut Saniah Sayuti et. Al. (2000) pernah menyatakan bahawa kemahiran membaca biasanya terbahagi kepada bahagian utama iaitu pembacaan cepat dan pembacaan perlahan. Pembacaan cepat terbahagi kepada dua, iaitu skimming (luncuran) dan scanning (imbasan). Selain itu, pembacaan perlahan juga dikategorikan kepada dua jenis, iaitu KWLH (bacaan intensif) dan SQ3R (Survey, Question, Read, Recite, Review).
PEMBACAAN CEPAT SPEED READING
- Kaedah membaca tanpa memerhatikan setiap perkataan dengan teliti.
- Membaca suatu artikel secara sistematik, dari mula hingga tuntas tanpa berhenti.
- Purata kelajuan orang yang berpendidikan sekolah tinggi adalah sekitar 300 kara per minit.
TUJUAN
- Digunakan untuk mencari maklumat daripada sesuatu sumber dengan efektif dan pantas.
- Mendapat idea pusat daripada sesuatu artikel.
- Mengenalpasti isi-isi tertentu dengan cepat dan secara keseluruhan.
MANFAAT
- Mempertingkatkan kepantasan untuk membaca buku.
- Menjimatkan masa dan tenaga.
- Dalam waktu yang singkat dapat menelusuri bahan bacaan.
- Membuat pilihan bahan bacaan yang perlu dibaca seterusnya.
- Sesuai untuk digunakan semasa ulangkaji.
SKIMMING ( LUNCURAN )
Skimming merupakan satu kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu maklumat atau bahan. Kemahiran membaca ini juga bermatlamat untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai suatu dokumen atau bahan. Dalam proses bacaan ini pula akan membolehkan anda supaya dapat menghasilkan pendapat umum berdasarkan dokumen tersebut dengan segera. Skimming juga dianggap sebagai satu kaedah membaca tanpa memerhatikan setiap perkataan dengan teliti tetapi untuk tujuan mendapatkan gambaran keseluruhan, memahami idea utama atau tema bahan bacaan berkenaan. Sebagai tamsil, kita tidak dapat membaca satu perkataan demi satu perkataan apabila kita membaca surat khabar. Oleh itu, kita boleh menggunakan teknik skimming ini terhadap petikan dalam surat khabar supaya mendapat maklumat yang ringkas tetapi masih jelas tentang isi petikan. Kemahiran membaca ini membolehkan kita melakukan imbasan terhadap petikan yang dibaca dan mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh dengan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat. Hal ini demikian kerana dalam membaca sesuatu petikan, kita hanya perlu memberi perhatian kepada idea penting sesuatu perenggan untuk mendapatkan fahaman umum. Oleh itu, dalam waktu yang singkat, kita dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk membuat pilihan dan menelusuri banyak bahan bacaan.
Secara langsung, skimming mampu mempertingkatkan kepantasan kita untuk membaca buku. Skimming juga merupakan teknik bacaan pantas sementara. Hal ini dikatakan demikian kerana kita mampu membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat dan memberikan tumpuan dengan sepenuhnya pada bahan yang dibaca dalam masa yang terhad. Lazimnya, cara ini adalah untuk tertumpu kepada usaha untuk mencari isi kandungan, tajuk utama, tajuk kecil, huruf-huruf hitam dan rumusan. Pelajar juga boleh membaca perenggan pendahuluan dan penutup sesuatu teks atau hanya membaca ayat pertama setiap perenggan. Biasanya ayat pertama memberi idea utama yang ingin disampaikan oleh penulis dan untuk mencari maklumat tertentu, cara bacaan ini adalah lebih sesuai untuk pelajar dan bukannya untuk pemahaman teks.
Skimming juga amat penting bagi pelajar untuk mencari maklumat atau informasi melalui internet. Kaedah dan teknik ini juga penting kepada pelajar terutamanya untuk mengulang kaji bahan bacaan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Skimming juga boleh digunakan untuk melihat graf, jadual atau carta. Pelajar dapat mengetahui maklumat-maklumat yang speksifik seperti data atau fakta ringkas melalui melihat gambar rajah atau carta. Teknik skimming selalu dilakukan tiga atau empat kali lebih cepat daripada pembacaan normal. Perkara ini disebabkan oleh terdapat ramai orang melakukan pembacaan secara skimming kerana mereka hanya mempunyai masa yang terhad untuk membaca banyak bahan.

NOTA RINGKAS
TEKNIK SKIMMING (LUNCURAN)
- Teknik Skimming atau Luncuran adalah satu kemahiran membaca bagi seseorang yang ingin mendapatkan maklumat atau bahan secara ringkas dan pantas.
TUJUAN MENGGUNAKAN TEKNIK SKIMMING (LUNCURAN)
- Mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen.
- Pandangan umum mengenai dokumen dengan segera.
CARA-CARA MEMBUAT SKIMMING (LUNCURAN)
- Membaca tajuk pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen.
- Membaca tajuk, sun-tajuk atau melihat gambar rajah dan carta.
- Membaca dengan pergerakan mata yang cepat.
- Fokus kepada bahagian tertentu dalam buku seperti pengenalan, tajuk utama dan rumusan.
- Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bahan yang dibaca.
- Mencari kata kunci.
- Berfikir mengenai makna teks tersebut.
TEKNIK SKIMMING MERUPAKAN TEKNIK YANG PENTING UNTUK MENGULANG KAJI PELAJARAN
- Bagi pelajar, kaedah ini dapat menjimatkan masa dalam pembacaan.
- Hal ini kerana skimming dilakukan 3 atau 4 kali dan lebih cepat daripada pembacaan normal.
- Contoh bahan bacaan : Surat khabar, nota yang peperiksaan, artikel di Internet dan sebagainya.
- Kaedah ini juga berfaedah kepada individu yang kesuntukan masa untuk mencari maklumat.
No comments:
Post a Comment